Tuesday, 22 March 2005

Syura.

Salah seorang artis syarikat rakaman FMC. Baru mengeluarkan album baru yang berjudul Balaghah. Aku minat dengan Syura kerana dia ada kelebihan tersendiri dalam menyampaikan lagu. Ini bukan bodek tapi kata-kata ikhlas dari hati aku sendiri. Memang tidak dinafikan ramai artis yang lebih berpengalaman dan lebih baik tetapi bagi aku, Syura adalah antara artis yang bergerak naik dari bawah, yang tahu dan pernah mengalami pahit manis dunia hiburan. Walau pun umurnya dalam industri masih hijau dan masih memerlukan panduan dan dorongan, tapi aku dapat merasakan kecekalan yang Syura ada. Bayangkanlah ketika anugerah Juara Lagu, siapa antara termuda dalam kategori yang dia masuk? Saingannya bukan calang-calang orang. Tetapi Syura tetap cuba sebaik mungkin dan pada pendapat aku, pada malam itu cuma nasib tidak menyebelahi Syura. Bukan kerana nyanyiannya, tetapi kerana tarian latarnya yang agak memeningkan. Aku yang tengok, aku yang penat.

Nama Penuh: Zuraidah Badron
Nama Samaran: Syura
Tarikh Lahir: 6hb Oktober 1986
Kerjaya: Penyanyi & pelajar
Zodiak: Libra
Tempat lahir: Johor Bahru
Hobi: Menyanyi ,berenang dan badminton
Ketinggian: 5 kaki 3 inci
Bilangan adik Beradik: 9 orang (anak yang ke - 6)
Pendidikan: Sek. Men. Keb Kempas Johor Bahru
Pakaian Kegemaran: Simple dan mengikut peredaran zaman
Warna Kegemaran: Merah jambu
Minuman kegemaran: Air limau
Makanan kegemaran: Masakan jepun
Penyanyi pujaan: Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Mariah Carey
Pelakon pujaan: Norman Hakim
Tokoh Dihormati: Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad
Muzik digemari: Latin, pop komersial dan pop rock
Program TV: Drama, rancangan kuiz dan hindustan
Kenangan manis: Menjadi artis rakaman
Cita - cita: Pramugari
 

Malay Beauty 1:45am I Comment
 
.......................................................................................................................
 

Kesalahan Bodoh Yang Pemandu Biasa Lakukan Dipersimpangan.

Kerja aku memang setiap hari menggunakan jalan raya. Aku bukan driver tetapi tugas memerlukan aku berada di sana-sini. Boleh katakan setiap hari aku terpaksa bersabar dengan karenah pemandu-pemandu yang boleh dikatakan tidak peka dengan peraturan lalu lintas. Salah satu yang aku nak paparkan dan dedahkan pada hari ini adalah kebodohan atau kesengalan yang kadang-kadang pemandu-pemandu tidak sedar. Sebelum itu cuba lihat dahulu lakaran gambar sebuah simpang di bawah.

Yang berwarna warni itu adalah kenderaan. Yang warna hitam adalah jalan raya di persimpangan, yang warna putih lurus dan putus-putus itu adalah garisan panduan jalanraya. Mari mulakan dengan kenderaan paling atas:

UNGGU

  1. Bila masuk simpang tak bagi lampu signal. Memang buat pemandu kereta KUNING, BIRU dan yang mengikuti di belakangnya panas hati.
  2. Kalau pemandu meneruskan jalan dan tidak masuk simpang, banyak antara pemandu ini yang tidak mahu memerlahankan kenderaan mereka walaupun kereta BIRU atau KUNING atau OREN keluar dan masuk simpang. Ada yang siap bagi lampu besar dan hon, cis.. dia ingat dia sorang bayar cukai jalan ke?

HIJAU

  1. Selamba je keluar dari simpang walaupun dah nampak kereta warna UNGGU dah semakin hampir.
  2. Ketika dalam laluan susur hendak keluar ke laluan utama, tidak hidupkan lampu signal membuatkan pemandu kereta MERAH cuak dan teragak-agak.

BIRU

  1. Seringkali berhenti melebihi garisan berhenti di persimpangan. Kadang-kadang sampai makan hampir setengah laluan kereta UNGGU. Mungkin muncung kereta mereka bernilai RM1 kerana itu mereka begitu berani.
  2. Tidak memberikan isyarat membelok ke kanan. Membuatkan pemandu yang akan datang dari arah belakang hampir kekeliruan.

KUNING

  1. Dengan selamba masuk simpang walau pun kereta berwarna UNGGU semakin hampir.
  2. Tidak memberikan isyarat membelok ke kanan. Membuatkan pemandu kereta BIRU kekeliruan dan tidak sabar.

OREN

  1. Tidak memberikan isyarat sebelum membelok masuk ke susur. Membuatkan kereta yang berada di belakangnya keliru.
  2. Seringkali terus keluar dari laluan susur ke laluan utama tanpa memberikan isyarat dan tidak mempedulikan kereta berwarna UNGGU yang semakin hampir.

MERAH

  1. Tidak menggunakan laluan utama, sebaliknya menggunakan laluan susur yang sepatutnya digunakan oleh kenderaan untuk keluar masuk simpang sebagai jalan pintas. Membuatkan pemandu kenderaan berwarna BIRU sakit hati sebab dia nak keluar dari simpang dan kemungkinan terjadi kemalangan amat tinggi.
  2. Tidak memperlahankan kenderaan walaupun dah nampak kenderaan berwarna HIJAU sudah keluar dari laluan susur ke laluan utama.

Semoga selepas anda semua faham dengan topik di atas, janganlah cuai dan melakukan kesalahan-kesalahan yang disebutkan di atas tadi. Walau pun nampak kecil, tetapi ianya mampu mengakibatkan kerugian yang besar. Ingatlah, duit kalau hilang boleh cari, tapi nyawa kalau hilang.. tiada pengganti.

Malay Beauty 10:00pm I Comment

 
.......................................................................................................................
 
 

Wanita, fesyen dan tuntutan agama.

Zaman sekarang terlalu banyak fesyen yang menyerlahkan penampilan seseorang. Kalau dulu selekeh, sekarang dah jadi kegilaan. Begitu juga dengan wanita. Saban hari kita lihat tidak kira dimana kita pergi, wanita tetap dengan berbagai fesyen yang membalut tubuh mereka. Wanita muslim Malaysia juga tidak ketinggalan. Peredaran fesyen dan kemajuan rekaan kain terkini sedikit sebanyak telah menenggelamkan ciri keislaman wanita masa kini. Yang masih menjadi trademark keislaman hanyalah, tudung. Mungkin ada antara anda yang tidak setuju dengan pendapat saya. Saya akui, ini bukan sekali dua saya ketengahkan perkara ini. Rata-rata ramai orang menolak pemikiran saya dan kebanyakkan daripada mereka adalah kaum wanita. Sesetengah wanita berpakaian hingga terlupa ada bahagian yang perlu ditutup. Ada yang menutupi semuanya tetapi orang boleh tahu warna apa colinya, ada yang longgar pakaiannya tetapi orang boleh nampak apa bentuk kakinya. tidak semua orang yang terlalu memerhati pakaian dan tubuh wanita tetapi mereka akan ternampak dengan sendirinya apa yang hidangkan didepan mata kerana kelalaian dan kecuaian wanita tersebut dalam menjaga cara pemakaiannya.

Kita lihat gambar di atas sebagai contoh. Wanita ini kelihatan memakai pakaian yang lengkap menutupi tubuhnya. Kita boleh lihat pakaiannya dari pinggang ke atas sempurna dengan tudungnya menutupi bahagian dadanya dan bajunya yang berpotongan longgar melindungi bentuk tubuhnya. Tetapi cuba anda lihat dari pinggang ke bawah. Apa yang tidak kena?
Saya tahu, apa yang anda fikirkan. Terdapat belahan pada kainnya bukan? Bukankah itu juga menonjolkan sebahagian daripada aurat yang menjadi perhatian kaum adam? Berdasarkan kepada gambar, apa yang saya perhatikan belahan kainnya setinggi atas daripada lutut lebih tepat jika saya katakan ianya bermula daripada pertengahan peha sehingga hujung kaki.

Apa yang membuatkan saya tertarik untuk snap gambar wanita ini? Kerana saya terlihat ketika dia berlalu di hadapan saya, saya ternampak keseksian kaki wanita ini dari hujung kaki hingga pertengahan pehanya. Saya dapat lihat setiap lengkuk kakinya, kelicinan dan kehalusan kulitnya dan kecerahan warna kulitnya. Bohong kalau saya kata saya tidak bernafsu. Dan ketika dia berpatah balik dan berlalu di hadapan saya sekali lagi, saya tidak lepaskan peluang untuk snap gambarnya untuk dikongsi bersama anda. Sengaja saya tidak menangkap gambar wanita ini dari pandangan sisi kerana saya tidak mahu ada dikalangan pelawat weblog ini yang bernafsu kerana keseksian kakinya. Kerana kita sedia maklum bahawa jika kamera menangkap gambar dari arah sisinya, sudah pasti kita akan nampak keseluruhan bentuk kakinya dari hujung kaki hingga atas peha. Ternyata fesyen wanita ini amat berani. Saya kagum dengan kecantikan wanita ini dan juga bentuk tubuhnya dan jika ketika itu saya bersendirian, sudah pasti saya dapat berkenalan dengannya dan mengenali dirinya dengan lebih dalam. Tetapi kerana para sahabat ada bersama, saya menjadi malu untuk menegur sapa wanita tersebut.

Apa yang ingin saya sebutkan adalah, kenapa mesti menjadikan alasan supaya mudah melangkah. Bukankah fesyen itu tidak terhad. Ada bermacam cara untuk membolehkan sipemakai mendapat keselesaan ketika melangkah tanpa perlu membuat belahan pada kain sehingga menyerlahkan keseluruhan kakinya untuk tatapan dan untuk menaikkan nafsu kaum adam.

Untuk wanita yang berkenaan, saya memohon maaf kiranya anda tahu bahawa orang di dalam gambar itu adalah anda. Sila email kepada saya jika mahukan penjelasan lebih lanjut. Kepada anda semua, ingatlah bahawa pakaian itu adalah perlindungan. Jika anda lalai dalam berpakaian bermakna anda sengaja membiarkan diri anda mudah untuk dicerobohi kerana "mata itu ibarat anak panah beracun yang mengandungi berpuluh ribu anak panah yang dilepaskan oleh syaitan " sabda Rasulullah S.A.W.

Malay Beauty 1:00pm I Comment

 
.......................................................................................................................
 

Wanita menjadi Imam di U.S?

Aku terkejut bila tengok dalam tv seorang wanita mengimamkan solat Jumaat di dalam sebuah gereja. Adakah ini satu gerakan baru pemesongan umat Islam? Bagi aku mereka umpama budak-budak, menaikkan maruah wanita dengan mengangkatnya sama taraf dengan seorang lelaki setelah melihat penderitaan seorang hamba perempuan. Kalau macam tu, kenapa mereka tidak ambik budak-budak yang belum baligh jadi imam kerana begitu ramai kanak-kanak yang menjadi hamba di negara yang mundur.
Aku tengok websitenya dan preview weblog dan aku dapati ada beberapa orang hamba Allah yang cuba mendapat kepastian disamping mengharapkan supaya manusia-manusia yang terpesong itu bertaubat. Tetapi jawapan yang diberikan amat mengecewakan dan bukan setakat itu sahaja, kata-kata kesat dan berunsur lucah juga turut dimuatkan untuk menghentam hamba Allah tadi. Islam apa tu?

  • Wanita yang menjadi imam. Apakah motif sebenarnya?

Bayangkan, satu jemaah yang solat bersama-sama, tidak diasingkan antara lelaki dan wanita dan yang wanita solat dengan mengenakan jeans yang ketat, tidak memakai tudung dan duduk berhimpit dengan kaum lelaki. Apakah itu cara Islam? Orang yang mengazankan solat jumaat juga seorang wanita, tidak memakai tudung ketika azan. Logik atau tidak jika aku katakan, jika perkara ini berterusan, tidak mustahil akan datang ada orang solat Jumaat bersama-sama dengan perempuan yang hanya berbikini. Aku menyeru kepada umat Islam seluruh dunia supaya mengecam tindakan gerakan tersebut kerana ianya ibarat barah yang menyerang dalam senyap dan tidak mustahil, selepas ini bermacam cara lagi yang mereka gunakan untuk memperdayakan umat Islam.

Pada pendapat aku, bagai mana seorang pensyarah Universiti yang bertaraf doktor boleh melakukan perkara sebegini. Tidakkah dia fikir kesan dan akibat dari perbuatannya? Adakah dia dibayar dengan wang yang tidak habis dimakan untuk beberapa keturunan oleh musuh Islam jika melaksanakan perkara tersebut? Mungkin.. Atau pun dia sengaja hendak mencipta ajaran baru yang mana nanti dia pula akan mengaku bahawa dia adalah seorang nabi? Mungkin juga. Atau dia sebenarnya bukan seorang islam yang selama ini hanya menjalankan tugas sebagai orang islam hanya untuk mencari kelemahan-kelemahan umat Islam? Mungkin juga. Ingatlah. Bagi aku, wanita bukanlah satu kaum yang dipandang rendah, dia juga makhluk Allah yang berakal dan mempunyai perasaan. Jika dikatakan kaum lelaki menyeksa kaum wanita dan menjadikan mereka hamba di atas ranjang, aku tidak setuju dengan pendapat itu kerana mereka juga boleh duduk sama tinggi dengan kaum lelaki tetapi dalam hukum Islam, lelakilah pemimpin mereka kerana terdapat sesetengah perkara yang tidak dapat dilakukan oleh kaum wanita dan fikirlah secara logik, kenapa Allah tidak turunkan nabi dan rasul di kalangan kaum wanita.

  • Seorang wanita azan tanpa menutup aurat. Pemesongan yang nyata. Hanya mereka yang buta hatinya yang dapat menerima keadaan ini.
Malay Beauty 6:40pm I Comment